Selamat datang ke blog yang saya baru bina yang pastinya dapat merancakkan lagi laman-laman blog yang sudah sedia ada. Masyarakat di Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian Agama dan Bangsanya. Negara-negara luar sudah mengenali Malaysia dengan ciri-ciri tersebut sehinggakan mereka akan datang kembali untuk membuat lawatan serta pelbagai aktiviti pelancongan yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Saya terlibat dalam industri perhotelan pada awal tahun 1996 dengan menuntut di Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak (sekarang dikenali sebagai UiTM) hanya diperingkat sijil dalam Hotel & Catering (Hotcat) bukan kucing panas ye! Selepas 6 bulan di kampus saya praktikal di Hotel Plaza Bintulu (3 bintang pada masa tersebut), Sarawak (kini Regency Plaza Hotel). Tidak lama kemudian, pihak hotel menerima saya bekerja di bahagian Front Office Department sebagai Penyambut tetamu ataupun Receptionist dengan gaji pokok masa tersebut RM280.00 sahaja.
Hampir setahun kemudian saya mencari hotel lain, dan berjaya diterima di Mega Hotel, Miri, Sarawak (4 bintang) pada tahun 1997 dengan jawatan yang sama dan sempat merasa sebagai senior setelah berkhidmat di hotel tersebut 4 tahun. Menerima anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 1998 di hotel tersebut adalah memori manis bagi saya. Sepanjang tahun tersebut, saya cuba belajar sambil bekerja dengan memohon Pelajar Jarak Jauh di Raddison College Singapore, oleh kerana gaji ketika itu amat kecil dan yuran belajar menggunakan Singapore dollars amat mustahil saya meneruskan walaupun cuba mengikat perut. Ketika itu, kolej-kolej perhotelan amat sukar ditemui malah untuk menyambung belajar penuh ketika itu saya masih banyak yang perlu saya pertimbangkan.
Awal tahun 2001, saya nekad menyambung belajar, dan saya dapat tawaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang, Kuantan Pahang. Di sinilah pelbagai peluang dan pengalaman yang saya dapat melalui Mento saya Puan Zuraida bt Hj. Abdul Rashid, Encik Norsham Nisam b. Abd Malik dan juga Ms Shaz serta Ms Zuriani di tanah semenanjung. Pada awal tahun 2002 saya diberi kepercayaan menjadi Pengurus Pusat Bertauliah Tuwin Educational Advisory Centre of Hospitality (TEACH) yang menggunaka Peranginan Tamukami, Pantai Balok, Kuantan sebagai tempat pelatih-pelatih membuat teori dan praktikal.
Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan saya pada masa tersebut, Encik Manan, Puan Hairani, Puan Raha, Encik Adib, Encik Zainal, Chef Arshad, Chef Fairuse, Encik Din, Encik Zaidi, Chef Joe, Cik Zanariah, Cik Tini Zeliani Zaki, Cik Gee, Encik Khairul @ Gab, Encik Zaid dan ramai lagi yang saya amat berterima kasih tidak terhingga. Begitu juga dengan pelatih-pelatih serta ibu bapa, orang-orang Berserah dan Balok Kuantan sudi memaafkan segala kesilapan dan kekurangan yang ada.
Baiklah kita teruskan dengan wacana pertama saya mengenai Hospitaliy di Malaysia. Untuk selari dengan tempat-tempat pelancongan yang sedia ada, tumbuhnya hotel-hotel bertaraf lima bintang, rumah rehat, chalet, apartment malah diadakan 'home stay' bercirikan kampung sebagai destinasi pertama pelancong-pelancong sebelum kunjung tiba ke negara kita ini. Bukan sahaja pelancong di luar malah pelancong domestik juga semakin membuka minda untuk menyahut seruan kerajaan melancong ke dalam negara sendiri.
Tujuan laman blog ini dibina, bukan mengupas panjang mengenai industri yang bagi saya 'under dog' ini. Blog Hotel & Tourism atau 'Hottour' ini ingin membincangkan bersama-sama dengan anda kesediaan peringkat sokongan dari pelajar-pelajar jurusan perhotelan dan pelancongan malah sumbangan penting tenaga mahir pekerja-pekerja di industri ini bagi mengekalkan 'Standard Operation Procedure' (SOP) , supaya kita tidak lari dari landasan 'mesra tetamu' tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Diperingkat pendidikan, banyak tawaran mengenai kursus-kursus perhotelan dan pelancongan ini. Bermula dari Sijil Kemahiran sehinggalah ke peringkat Ijazah, kolej-kolej serta Institusi Pengajian Tinggi Awam memberi peluang kerjaya kepada pelajar lepasan sekolah menengah. Ini membuktikan pengetahuan dan ilmu dalam bidang kita pilih ini (sama ada terpaksa atau kerana minat) amat penting selaras dengan kemahiran yang kita ada.
Di dalam industri Perhotelan bidang yang amat popular adalah Kutlinari Masakan. Bukan sahaja didominasikan oleh lelaki malah Chef yang terkenal adalah lelaki. Contohnya Chef Wan dan Chef Ismail pakar dalam masakan panas (hot kitchen) sama ada masakan tempatan, masakan dari negara-negara asing malah masakan dari pelbagai kaum. Begitu juga dengan Chef Zam yang berkemahiran dalam bidang masakan dan juga pastry (sekadar menyebut chef-chef yang terkenal masa kini). Tetapi diingatkan, bukan mudah untuk mencapai tahap mereka jika tiada pengetahuan, kebolehan serta sikap positif dalam diri.Tetapi adakah ini satu berita yang baik untuk ketumbuhan industri ini? Bagi saya, selain dari Kutlinari Masakan, banyak lagi bidang-bidang dalam perhotelan yang dapat membina diri kita menjadi seorang yang berjaya. Contohnya bahagian depan atau Front Office Reception & Concierge yang menjadi tanggapan pertama (first impression) tetamu (guests) yang daftar masuk (Check-in), bahagian Housekeeping yang bertanggung jawab dalam hal-hal kebersihan dan keselesaan tetamu, bahagian Food and Beverage yang menghidangkan makanan secara VIP kepada semua tetamu dan banyak lagi bahagian-bahagian yang penting seperti Maintenance yang akan saya bincangkan satu persatu pada masa akan datang.
Pelancongan membuat tawaran dari kakitangan yang menguruskan pelancongan dan pengembaraan. Bermula dengan pakej-pakej yang menarik untuk pilihan dibuat oleh pelancong-pelancong ke destinasi kegemaran mereka.Setakat ini sahaja pengenalan yang ingin saya buat untuk anda. Saya mengalu-alukan, pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah, pelatih-pelatih di kolej-kolej, penuntut-penuntut di peringkat tinggi dalam Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan malah tenaga-tenaga kerja Hotel & Tourism digalakkan memberi komen serta input-input terkini mengenai industri ini untuk kita bincangkan bersama-sama.

Sekian sahaja. Kita jumpa lagi!
Adha HJ Mahli
9 comments:
Ex staff Mega Hotel...
Saya masih kerja kat Mega Hotel. Sampai sekarang ni masih lagi 4 bintang.
Tapi tujuan saya beri komen pasal Mega Hotel.
Saya nak minta bantuan tuan untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang perhotelan.
Di dalam salah sebuah forum yang tidak seberapa, seorang budak ada bertanya. Institut apakah yang baik bagi mengambil jurusan Hotel Management bahagian F & B.
Amat berbesar hati kami sekiranya tuan dapat memberi komen.
Terima kasih.
*Dato Ting Ong Hua masih sihat
assalamualaikum..
saya ni baru lepas habis SPM pada tahun 2008. so saya cuma duduk di rumah sahaja. saya dan kawan saya amat meminati dalam bidang masakan. sementara saya dan kawan saya menunggu keputusan SPM keluar, kami tidak tahu hendak ke mana-mana. kalau hendak kerja, ibu bapa kami pula tidak memberi keizinan. apakah yang patut saya dan kawan saya lakukan sementara menunggu keputusan SPM?
Sdr Sagaraptor..maaf sbb lama tdk update blog ini disebabkan beberapa masalah. Mungkin skrg sdr sudah naik satu tahap dalam ilmu perhotelan. Ingin sya bertanya, brapa tahun bekerja dlm industri ini? Jika lebih dr 3 thn dan blum dpt apa2 kepuasan, lbih elok sdr melanjutkan pelajaran samada secara sambilan mahupn sepenuh masa berdasarkan kemampuan. Jika di kch, anda blh ke SATT kolej ataupun PTPL di kch dimana jika tidak silap kemasukannya percuma..
Salam Sdr Syahiran Sobri, maaf juga lama tdk update blog ini disebabkan beberapa masalah.
Mungkin sdri dn kwn2 dh melanjutkan pelajaran skrg. Sya berharap minat sdri dn rakan2 dlm industri masakan tidaklah hilang. Mngkin sdri blh beritahu dimana lokasi sdri smada di semenanjung mahupun di swak. supaya mudah saya cdgkan dimana blh sdri menimba pengalaman. t.kasih
saudara,
sudah 7 tahun saya bekerja di Mega Hotel. Tapi 3 bulan yang lepas saya mengambil keputusan untuk berhenti dah bertukar kerjaya dalam bidang lain.
Kerja di bahagian hospitaliti memerlukan komitmen dan masa yang panjang. Tidak sesuai untuk golongan berkeluarga.
Walauun gaji sekarang kecil dibandingkan dengan dulu, saya rela bekorban demi keluarga.
Ya mmg betul sagaraptor. Komitment dlm dunia perhotelan sungguh byk dn memerlukan pengorbanan masa yang sgt panjang. Terutamanya yg sudah bekeluarga mmg saya tabik betul2 atas komitmen tersebut. Keadaan ini mmg mustahil untuk di ubah. Akan tetapi segala 'hospitaliti' yang sdr dpt dlam industri perhotelan dpt diserap dgn pekerjaan skrg. Wlaupun mgkin tdk sama bidang, budaya bkerja yg sungguh2 dan budi baik dgn pelanggan dpt membawa kta ke arah kejayaan hidup. malah puas dlm hidup.
adakah bidang pelanocngan boleh mendatangkan faedaH???????hmmmm...
Cik Azura, bidang pelancongan merupakan industri yang meningkatkan ekonomi banyak negara. Isu banyak dipersoalkan masyarakat industri pelancongan banyak memberi ruang kepada gejala sosial negatif. Bagi saya pendapat itu memang boleh diterima akan tetapi ia masih bergantung kepada dasar sesebuah kerajaan negara tersebut. Malaysia amat menitikberatkan gejala negatif dan berusaha sedaya upaya mencegahnya. Sekarang kita dapat lihat pertumbuhan pelancongan pendidikan, agro, taman-taman warisan dan sebagainya. Pada Julai 2012 pendapatan dalam sektor ini mencecah RM 103.6 bilion penyumbang ekonomi negara ke 7 (laporan mstar online) Jadi faedah dan keuntungan kita sebagai masyarakt memang banyak cuma ia tidak kelihatan.
Post a Comment