Wednesday, July 2, 2008

Night Shift (Shift Malam)





Dah lama tak 'post' kat blog ni. Sejak dua menjak ni, agak sibuk dengan kerja pejabat dan hal-hal lain yang tak dapat disenaraikan di sini. Berkaitan dengan kerja malam ni, sudah lama ingin saya bincangkan akan tetapi masa yang belum sesuai. Tiba-tiba terdetik untuk bercerita mengenai kerja malam ini.


Setiap pekerja yang bekerja di organisasi mahupun syarikat-syarikat serta kilang-kilang yang beroperasi 24 jam pasti akan menempuh saat-saat shift malam. Akan tetapi di sini saya akan berbincang mengenai industri perhotelan. Saya sendiri pernah menempuh suka duka bekerja di shift malam ini. Dan setiap individu mempunyai persepsi sendiri mengenai shift yang 'sunyi tapi penuh berisiko' ini.

"Night Auditor" semestinya kekal sebagai 'penjaga malam' dan mereka amat kenal dengan suasana malam dan ada sesetengahnya tidak kenal dengan matahari lagi (jangan marah). Dan ada hotel-hotel hanya menggunakan Seorang Duty Manager, Seorang Reception/Cashier, Seorang maintenance, Seorang F&B, Seorang Kitchen helper dan dua hingga tiga orang Security. Ini bergantung kepada pengurusan sesebuah hotel tersebut mengikut keperluan.


Tugas sebagai shift malam ini amat mencabar. Mana yang sudah lama bekerja shift tersebut pasti sukar tidur malam malah mudah tidur siang. Seolah-olah masa mereka sudah terbalik. Sedar atau tidak, fungsi pekerja malam ini tidak dapat dilepas pandang, ini kerana peranan mereka menyediakan;


1) Due in registration card (kad daftar)


2) Meals coupon (kupon makanan)


3) Due in listing (senarai tetamu yang menempah bilik)


4) Wake up call dan banyak lagi.


Semasa saya masih bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel, boleh dikatakan shift malam adalah shift penuh debaran. Pelbagai perkara bermain di minda, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Selesai taklimat kerja (briefing) saya sentiasa rujuk kepada buku log. Kadang-kadang saya akan menyemak dari tarikh-tarikh sebelumnya.


Pukul tiga (3) pagi paling mencabar, mengantuk seperti tak tidur seharian jadi demi keselamatan kena juga dalam keadaan terjaga.
Akan tetapi pengalaman bekerja shift malam banyak mengajar saya kehidupan disebalik siang. Saya terfikir lah juga, manusia ini kadang-kadang boleh berubah jika perubahan waktu berlaku. Perubahan yang tidak dapat dijangkakan dan boleh meletup bila-bila masa.
Jumpa lagi!


No comments: