Tuesday, January 20, 2009
Drama "Human Trafficking"
Assalamualaikum…lama tak menulis, rindu pulak rasa. Gambar di atas bukan filem terbaru dipasaran cuma sebuah cerita kategori drama hasil kerjasama dari Kanada dan USA.
Lihat dari tajuknya “Human Trafficking” mungkin tiada yang menarik mengenai drama selama 176 minit (jika tanpa iklan) tersebut sehinggalah kita mengikut plot ceritanya sampai habis.
Semalam saya amat keletihan setelah mengharungi jalan yang semakin sesak. Selesai solat Maghrib, saya tertidur di sofa dan bangun pada jam 1.30 pagi. Saya bangun cuci muka dan solat Isyak. Selepas itu, mata pun sukar nak lelap, jadi untuk melelapkannya, saya tengok lah tv siaran 701-Hallmark.
Drama arahan Christian Duguay yang diterbitkan pada tahun 2005 ini berkisarkan aktiviti Perdagangan Manusia iaitu para gadis serta kanak-kanak. Episod bermula dengan Samantha Gray (Emma Campbell) dan anaknya Annie Gray berusia 12 tahun
(Sarah-Jeanne Labrosse) melancong di Manila, Phillipines sambil membeli belah. Ketika ibunya ingin mencuba pakaian di sebuah kedai, Annie tertarik melihat cenderamata yang dibawa oleh seorang budak di seberang jalan, lalu tidak semena-mena, lelaki yang menggunakan sebuah ‘jeep’ menariknya dengan cepat sekali. Ibunya hanya mampu menjerit meminta pertolongan, malangnya hilang begitu sahaja dari pandangan.
Berikutnya, sekumpulan gadis baru sampai ke Bandar New York bersama agen mereka menaiki sebuah van. Nadia Tagarov (Laurene Leboeuf) dari Ukraine berusia 16 tahun yang lari rumahnya, amat gembira kerana impiannya menjadi seorang model tercapai. Malangnya impiannya musnah setelah salah seorang gadis yang juga seorang ibu tunggal Helena Votrubova (Issabelle Blais) dari Prague, Czech Republic membisik bahawa mereka sebenarnya didagangkan.
Ketua sindiket Sergei Karpovich (Robert Carlyle) adalah seorang yang amat kejam. Pelacur-pelacur di sepak terajang, dirogol, dikencing setiap hari, lebih-lebih lagi jika tiada pelanggan. Bayangkan keuntungan mereka mencecah hamper US$1.5 juta sebulan. Pendapatan ini belum lagi masuk dengan Perdagangan Seks Kanak-Kanak. Saya agak seriau bila dikatakan perniagaan dagangan manusia ini akan menjadi perdagangan utama masa depan. Pihak NGO yang membanteras penculikan kanak-kanak ini hanya berjaya menemui 11 orang dan hanya 1 kes disabit kesalahannya.
Di dalam drama panjang ini, kita akan disajikan betapa seksanya kanak-kanak dipukul jika ingkar arahan. Mereka melayan lelaki yang layak dipanggil nenek. Di sebuah perkampungan di Filipina, seorang ayah sanggup menjual anak gadisnya yang berusia kurang 12 tahun untuk menampung kehidupan. Saya terkesan melihat riak wajah seorang ibu, bila anaknya menangis minta dilepaskan.
Saya amat berharap, Negara kita bebas dari sindiket ini. Walaupun tidak banyak kes yang kita dengar tapi lebih baik kita mencegah dahulu dari mengubatinya kemudian. Saya rekomenkan untuk anda melihat drama ini supaya kita faham apa yang dilalui oleh mangsa-mangsa kekejaman ini untuk kita lebih sensitif dengan dengan isu ini.
Diharap juga Industri Pelancongan kita bebas dari perkara-perkara yang negatif.
Sunday, January 11, 2009
Banjir Hari Ke-2
Hari kedua menunjukkan air naik secara mendadak. Jalan raya utama hanya dapat dilalui oleh kenderaan berat seperti bas dan lori.
Seawal jam 6 pagi saya bersama abang ipar melawan arus deras untuk menyeberangi jalan raya yang masih belum ditutupi air. Kelihatan dua orang polis peronda berkawal di situ. Yang merbahayanya kenderaan-kenderaan berat kerap melalui kawasan ini dari arah menuju ke Kuching. Penduduk-penduduk yang cuba menyeberangi jalan utama ini amat berisiko tinggi.
Ada sesetengah penduduk kampung yang masih menjaga rumah mereka walaupun sudah diacapi oleh air. Jalan penghubung Kuching dan laluan ke utara Sarawak ini telah dilitupi oleh air yang deras dan dianggarkan sepanjang lebih kurang 500 meter.
Namun masih tiada kelihatan kelibat dari 'rescue', saya beranggapan mereka siap sedia menunggu sebarang panggilan kecemasan.
Saya berharap pihak 'rescue' mungkin boleh membuat sesuatu sebelum ada sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Saturday, January 10, 2009
Banjir Kembali Lagi!
Daerah Serian yang terletak lebih kurang 55 KM dari Bandaraya Kuching pernah mengalami banjir yang teruk pada tahun 1996 dan 2003. Air naik hingga menutup jalan utama Kuching ke Miri. Sehinggakan pada masa itu ramai yang terperangkap dan menariknya ada yang sanggup menyewa tren untuk melintasi jalan yang ditutup oleh air sepanjang 300 meter terutamanya rakyat Negara Brunei.
Semalam, hujan lebat tidak berhenti-henti sehingga kini menyebabkan ramai penduduk kampung terutamanya Kampung Hilir, Kampung Hulu 1 dan Kampung Hulu 2 mula memindahkan barang-barang penting sama ada ditingkat atas rumah mahupun rumah saudara mara yang duduk kawasan tinggi seawal jam 10.00 malam tadi. Sehinggakan jam 3.00 pagi tadi dikejutkan dengan suara-suara penduduk mengingatkan air sudah naik hingga ke paras tepi jalan raya utama.
Tidak mustahil jika mengikut ramalan kaji cuaca yang mengatakan hujan tidak henti-henti sehingga Rabu ini, maka sejarah banjir dahulu akan kembali lagi.
Di harap, ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak kecil dari pandangan mata dan mengelak mereka bermain dengan air banjir.
Semoga Allah S.W.T melindungi kita dari segala bahana yang bakal menimpa.

Friday, January 9, 2009
Selamat Pengantin Baru!
Lebih kurang jam 3.10 petang pada 09.01.09 bersamaan 12 Muharam 1430H sahabat dari kecil saya, Razali Rambli melafaz akad nikahnya, di Bilik Akad Nikah Majlis Islam Sarawak, Kuching. Pasangannya yang cantik serta comel diberi nama Islamnya Ilyana Abdullah sungguh tenang berbanding sahabat saya tersebut.
Pada masa tersebut seramai lebih kurang 5 pasangan siap sedia menunggu giliran membaca akad nikah di depan Kadi yang bertugas.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan yang berkekalan, semoga dikurnia zuriat yang soleh. Bimbing isteri mu yang baru memeluk Islam ke jalan yang sebenarnya.
Pahit getir kehidupan suami isteri hendaklah bersama-sama mengatasinya secara berhemah dan matang...InsyAllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)