Tuesday, September 24, 2013

Matu, Daro, Sarawak

Mengikut laman web rasmi Majlis Daerah Matu-Daro http://www.matu-darodc.sarawak.gov.my/main.html, luas kawasan bidang kuasa Majlis Daerah Matu-Daro adalah lebih kurang 3,253.54 km/segi semenjak ianya mula ditubuh dan sebelum berkembang yang merangkumi 3 buah daerah iaitu Daerah Matu, Daerah Daro serta Daerah Belawai dan terdapat 64 buah kampung. Sistem pengurusan yang digunakan untuk menyelaraskan seluruh kampung ini dikenali sebagai WARD semenjak ianya mula ditubuhkan. Bagi majlis ini terdapat 13 buah ward diperkenalkan untuk membahagikan kampung-kampung dan setiap ward pula akan diketuai oleh ahli-ahli majlis yang dilantik.


Pada bulan Oktober 1991, pihak Majlis Luar Bandar Sibu telah menyerah Daerah Kecil Igan kepada pihak Majlis ini, maka dengan sendirinya bidang kuasa majlis berkembang termasuk jumlah kampung dan ward. Jumlah kampung dan ward yang terdapat dalam bidang kuasa adalah 53 buah kampung dan 14 buah ward.


Daerah Matu adalah pusat pentadbiran utamanya di mana pejabatnya terletak di bandar Matu. Daerah Daro dan Daerah Kecil Igan adalah cawangan-cawangannya yang masing-masing pejabatnya terletak di bandar Daro dan Kampung Igan itu sendiri.

Tuesday, March 6, 2012

Industri Pelancongan & Perhotelan Sarawak sunyi?

Apa yang tidak kena dengan industri Pelancongan & Perhotelan di Sarawak kini? Adakah betul ia sunyi atau hanya khabar-khabar angin yang tiada fakta?

Apakah yang terjadi kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ini?

Kemana mereka selepat tamat pengajian?

Tuesday, January 20, 2009

Drama "Human Trafficking"



Assalamualaikum…lama tak menulis, rindu pulak rasa. Gambar di atas bukan filem terbaru dipasaran cuma sebuah cerita kategori drama hasil kerjasama dari Kanada dan USA.

Lihat dari tajuknya “Human Trafficking” mungkin tiada yang menarik mengenai drama selama 176 minit (jika tanpa iklan) tersebut sehinggalah kita mengikut plot ceritanya sampai habis.

Semalam saya amat keletihan setelah mengharungi jalan yang semakin sesak. Selesai solat Maghrib, saya tertidur di sofa dan bangun pada jam 1.30 pagi. Saya bangun cuci muka dan solat Isyak. Selepas itu, mata pun sukar nak lelap, jadi untuk melelapkannya, saya tengok lah tv siaran 701-Hallmark.

Drama arahan Christian Duguay yang diterbitkan pada tahun 2005 ini berkisarkan aktiviti Perdagangan Manusia iaitu para gadis serta kanak-kanak. Episod bermula dengan Samantha Gray (Emma Campbell) dan anaknya Annie Gray berusia 12 tahun
(Sarah-Jeanne Labrosse) melancong di Manila, Phillipines sambil membeli belah. Ketika ibunya ingin mencuba pakaian di sebuah kedai, Annie tertarik melihat cenderamata yang dibawa oleh seorang budak di seberang jalan, lalu tidak semena-mena, lelaki yang menggunakan sebuah ‘jeep’ menariknya dengan cepat sekali. Ibunya hanya mampu menjerit meminta pertolongan, malangnya hilang begitu sahaja dari pandangan.

Berikutnya, sekumpulan gadis baru sampai ke Bandar New York bersama agen mereka menaiki sebuah van. Nadia Tagarov (Laurene Leboeuf) dari Ukraine berusia 16 tahun yang lari rumahnya, amat gembira kerana impiannya menjadi seorang model tercapai. Malangnya impiannya musnah setelah salah seorang gadis yang juga seorang ibu tunggal Helena Votrubova (Issabelle Blais) dari Prague, Czech Republic membisik bahawa mereka sebenarnya didagangkan.

Ketua sindiket Sergei Karpovich (Robert Carlyle) adalah seorang yang amat kejam. Pelacur-pelacur di sepak terajang, dirogol, dikencing setiap hari, lebih-lebih lagi jika tiada pelanggan. Bayangkan keuntungan mereka mencecah hamper US$1.5 juta sebulan. Pendapatan ini belum lagi masuk dengan Perdagangan Seks Kanak-Kanak. Saya agak seriau bila dikatakan perniagaan dagangan manusia ini akan menjadi perdagangan utama masa depan. Pihak NGO yang membanteras penculikan kanak-kanak ini hanya berjaya menemui 11 orang dan hanya 1 kes disabit kesalahannya.

Di dalam drama panjang ini, kita akan disajikan betapa seksanya kanak-kanak dipukul jika ingkar arahan. Mereka melayan lelaki yang layak dipanggil nenek. Di sebuah perkampungan di Filipina, seorang ayah sanggup menjual anak gadisnya yang berusia kurang 12 tahun untuk menampung kehidupan. Saya terkesan melihat riak wajah seorang ibu, bila anaknya menangis minta dilepaskan.

Saya amat berharap, Negara kita bebas dari sindiket ini. Walaupun tidak banyak kes yang kita dengar tapi lebih baik kita mencegah dahulu dari mengubatinya kemudian. Saya rekomenkan untuk anda melihat drama ini supaya kita faham apa yang dilalui oleh mangsa-mangsa kekejaman ini untuk kita lebih sensitif dengan dengan isu ini.

Diharap juga Industri Pelancongan kita bebas dari perkara-perkara yang negatif.

Sunday, January 11, 2009

Banjir Hari Ke-2

(arus semakin deras)

(kelihatan kenderaan yang melalui jalan utama)

Hari kedua menunjukkan air naik secara mendadak. Jalan raya utama hanya dapat dilalui oleh kenderaan berat seperti bas dan lori.

Seawal jam 6 pagi saya bersama abang ipar melawan arus deras untuk menyeberangi jalan raya yang masih belum ditutupi air. Kelihatan dua orang polis peronda berkawal di situ. Yang merbahayanya kenderaan-kenderaan berat kerap melalui kawasan ini dari arah menuju ke Kuching. Penduduk-penduduk yang cuba menyeberangi jalan utama ini amat berisiko tinggi.

Ada sesetengah penduduk kampung yang masih menjaga rumah mereka walaupun sudah diacapi oleh air. Jalan penghubung Kuching dan laluan ke utara Sarawak ini telah dilitupi oleh air yang deras dan dianggarkan sepanjang lebih kurang 500 meter.

Namun masih tiada kelihatan kelibat dari 'rescue', saya beranggapan mereka siap sedia menunggu sebarang panggilan kecemasan.

Saya berharap pihak 'rescue' mungkin boleh membuat sesuatu sebelum ada sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Saturday, January 10, 2009

Banjir Kembali Lagi!

(laluan jalan ke kampung)
(keadaan bawah rumah yang terletak di tepi jalan utama Kuching-Miri)


Daerah Serian yang terletak lebih kurang 55 KM dari Bandaraya Kuching pernah mengalami banjir yang teruk pada tahun 1996 dan 2003. Air naik hingga menutup jalan utama Kuching ke Miri. Sehinggakan pada masa itu ramai yang terperangkap dan menariknya ada yang sanggup menyewa tren untuk melintasi jalan yang ditutup oleh air sepanjang 300 meter terutamanya rakyat Negara Brunei.

Semalam, hujan lebat tidak berhenti-henti sehingga kini menyebabkan ramai penduduk kampung terutamanya Kampung Hilir, Kampung Hulu 1 dan Kampung Hulu 2 mula memindahkan barang-barang penting sama ada ditingkat atas rumah mahupun rumah saudara mara yang duduk kawasan tinggi seawal jam 10.00 malam tadi. Sehinggakan jam 3.00 pagi tadi dikejutkan dengan suara-suara penduduk mengingatkan air sudah naik hingga ke paras tepi jalan raya utama.

Tidak mustahil jika mengikut ramalan kaji cuaca yang mengatakan hujan tidak henti-henti sehingga Rabu ini, maka sejarah banjir dahulu akan kembali lagi.

Di harap, ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak kecil dari pandangan mata dan mengelak mereka bermain dengan air banjir.

Semoga Allah S.W.T melindungi kita dari segala bahana yang bakal menimpa.

Friday, January 9, 2009

Selamat Pengantin Baru!

dari kiri, Razali Rambli, Ilyana dan penulis


Lebih kurang jam 3.10 petang pada 09.01.09 bersamaan 12 Muharam 1430H sahabat dari kecil saya, Razali Rambli melafaz akad nikahnya, di Bilik Akad Nikah Majlis Islam Sarawak, Kuching. Pasangannya yang cantik serta comel diberi nama Islamnya Ilyana Abdullah sungguh tenang berbanding sahabat saya tersebut.

Pada masa tersebut seramai lebih kurang 5 pasangan siap sedia menunggu giliran membaca akad nikah di depan Kadi yang bertugas.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan yang berkekalan, semoga dikurnia zuriat yang soleh. Bimbing isteri mu yang baru memeluk Islam ke jalan yang sebenarnya.

Pahit getir kehidupan suami isteri hendaklah bersama-sama mengatasinya secara berhemah dan matang...InsyAllah...

Wednesday, October 22, 2008

Kerani Kaunter di Negara kita!


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera!

Hari ini saya bangun agak awal dalam pukul 3.00 pagi, kononnya nak menyambung membuat tugasan (assignment) yang wajib dihantar pada atau sebelum hari Jumaat ini...tension....Tapi apa yang berlaku saya tidak bangun dari tilam. Alamatnya saya terlelap semula dan bangun solat subuh dalam jam 5.30 pagi.

Bila nak bersarapan, terpandang satu keratan akhbar berita harian bertarikh 27 Ogos 2008 (diguna emak saya melapik pinggan ish ish ish) di dalam ruang surat & emel pembaca bertajuk "Kerani kaunter tak berbudi bahasa"(sila lihat keratan). Hmm...menarik untuk tulisan saya hari ini, fikir saya sejenak.

Destinasi saya hari ini hendak ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bangunan Tunku Hj Bujang, Jln Simpang Tiga iaitu pusat pentadbiran di Kuching, Sarawak. Tujuan saya ke sana sebab ingin memeriksa cip mykad saya, yang dikatakan oleh petugas bank di RHB Jln Kulas Kuching Sarawak rosak, sebab bila diskrinkan mykad saya, ia gagal dikesan data di dalamnya...tidak apa saya akur.

Saya harus membuka akaun bank hari ini sebab jika lambat, maka lambat lah saya mendapat gaji bulan ini...hampir kering beb..

Di JPN tersebut saya mendapat tiket bernombor 2007 iaitu pelanggan yang dihormati ke 7. Tiba giliran, kaunter nombor 6 iaitu suara yang direkodkan memanggil nombor saya. Saya kontrol ayu berjalan (ayu ke?) menuju kaunter tersebut dan disapa mesra oleh petugasnya Cik/puan Philomena Bedra. Beberapa kali beliau memeriksa termasuk menggunakan peralatan detect menggunakan bateri eveready AA, mykad saya tidak mempunyai masalah malah masih dalam keadaan baik. Beliau mengambil kesempatan tersebut memuat turun maklumat lesen memandu saya ke dalam mykad..terima kasih..saya letak tiket saya di kotak 'baik'.

Saya terus bergegas ke RHB Bank Jalan Kulas walaupun hujan renyai-renyai, ombak saya tidak tahu samada bergelora atau tidak, yang pastinya budak-budak sekarang jika emaknya beri 20 sen, mereka tidak akan terus jalan..mana praktikal 20 sen sekarang...RM2.00 ler...(mencarut lah pulak)..tensen beb..

Jam 9.15 pagi pagar pintu bank belum dibuka, petugas-petugas bank seperti biasa memang sibuk menguruskan kerja-kerja mereka. Pintu dibuka saya terus ke bahagian servis buka akaun. Saya cari petugas yang saya jumpa semalam, beliau tidak ada, tapi rakannya yang tertera hebat di bajunya "Service Focus" masih tidak fokus dengan kehadiran saya yang menyapa dan memberi salam padanya. Mungkin otak masih berserabut seperti misai dan bulu hidungnya. Petugas tersebut yang saya namakan dengan bukan nama sebenar (bns) ada bersama dengan rakannya semalam semasa saya ingin buka akaun dan dia dengan muka yang agak serius berbisik dengan rakannya..saya tidak tahu apa yang diperkatakan. Lalu rakannya menyuruh saya ke JPN memeriksa mykad saya...saya akur..cuma berilah cadangan lain dari menyuruh pelanggan yang dihormati ini pergi ulang alik sedangkan saya bersedia meletakkan RM250 untuk buka buku bank. Tapi disebabkan hormat dengan prosedur mereka, saya rela pergi.

Berbalik kepada bns, saya menceritakan semula apa yang berlaku semalam, dia masih mengingatinya....lega sedikit..fokusnya masih ada. Malangnya bns tidak pula meminta mykad saya untuk diperiksa semula malah menyuruh saya menyerahkan surat pengesahan dari pihak JPN. Ini akan mengambil masa yang agak lama, disebabkan saya harus menulis surat permohonan dan akan ada tindak balas 14 hari masa bekerja itu pun jika pegawai terbabit tidak bercuti atau ada urusan lain. Bns menyalahkan saya pula tidak bertanya pada mereka, saya kata, kalau saya bekerja di tempat dia, mungkin saya tahu apa yang perlu dilakukan, itulah guna dia bekerja di bank untuk memberi panduan pada pelanggan. Dia boleh merungut..berkata jangan buka akaun..tapi dia cepat sedar lalu menyembunyikan kata-katanya dengan menyuruh saya membuat surat pengakuan dari majikan sambil menunjukkan contoh. Sambung dia lagi, supaya sertakan sekali salinan mykad dan sijil surat beranak, sambil menyindir, jangan kata saya tidak beritahu pula. Saya tahu dia amat marah pada saya juga, sebagai petugas di kaunter yang selalu berdepan dengan pelbagai lapisan golongan orang kurang arif mengenai urusan bank, dia tidak dapat mengharapkan orang lain tahu apa yang perlu dilakukan dengan memberi panduan. Tidak perlu terlalu mesra, cukuplah penerangan yang jelas dan fakta. Sehingga sekarang saya belum lagi buka akaun tersebut..lambat lah gaji alamatnya.

Berbalik surat pembaca tadi, kebanyakkan petugas kaunter di negara kita ini mempunyai masalah yang sama iaitu, kurang mesra, menyampah, tidak menghormati orang lain serta emosional. Samada kekurangan ilmu dalam tugasan melayan pelanggan atau latihan kurang diberikan, saya kurang pasti disebabkan bila latihan banyak diberikan mereka yang terlibat tidak praktik kan ilmu tersebut ditempat kerja.

Selama 10 tahun saya memberi latihan dalam hospitaliti yang melibatkan penyambut tetamu, staf tiket, housekeeping, pramusaji serta concierge di hotel dan bekerja di beberapa hotel yang ada bintang mahupun tidak ada bintang, saya dapat menjangkakan, kebanyakkan kita kurang ikhlas menyambut tetamu. Saya tidak pasti dirumah mereka sendiri jika tetamu datang. Kebanyakkannya hanya menjalankan kerja diwaktu bekerja, ada juga yang hanya pandai melayan pegawai sehingga pegawai 'rabun' atau buat-buat 'rabun' dengan karenah dan sikap petugas kaunter mereka.

Ini bukan saya kata, tapi banyak aduan mengenai kakitangan kerajaan yang kita dapat lihat di akhbar-akhbar kurang mesra malah memberi perkhidmatan yang menjelikkan. Saya tidak nafikan ada beberapa hotel terkenal di Kuching ini, yang amat mesra pada pelancong asing sahaja, sedangkan pelancong tempatan yang banyak menaikkan service point mereka buat endah tak endah. Ini terjadi di depan saya sendiri.

Saya amat faham apa yang di set dalam minda mereka iaitu pelancong tempatan banyak songeh sebab ketika saya buat latihan, kebanyakkan senarai yang ditulis, mereka tidak suka songeh pelancong tempatan. Saya bukan puji diri sendiri, tapi saya selalu mengamalkan melihat muka dicermin...kita ini elok sangat ke? Kalau kita tidak ikhlas melayan tetamu..kita ni bagus sangat ke?

Baiklah lain masa saya akan sambung kembali dengan tugasan dikaunter dan cara mempraktiskannya dengan lebih berkesan.

Berjumpa lagi.

p/s Anda adalah pelanggan..seperti pelanggan yang anda layan.





Sunday, October 19, 2008


Moga berkekalan sepanjang hayat.

Bersama kedua-dua belah pihak keluarga pengantin. Sebelah kiri ibu bapa Lin, dan sebelah kanan ibu bapa Izam.
Dua mempelai..sama cantik sama padan.

Hantaran 10 dulang dari pihak lelaki.

Majlis akad nikah pada 4 Syawal 1429H
dari kiri, Dolah (pengapit pengantin), Izam (pengantin), saya (penulis), As dan Din di perkampungan isteri Din di Dalat. Manakala gambar diambil oleh Wan adik ipar Din.

Majlis Pertunangan serta Perkahwinan Izam & Linz

Tanggal 4 Syawal 1429 bersamaan 4hb Oktober 2008 adalah detik sejarah rakan saya, saudara Izam b Mahli bersama isteri tercinta Norazelin bt Zaidi telah sah menjadi suami isteri di rumah pengantin perempuan beralamat di Zon 4, Jalan Sungai Naga, Kampung Jemoreng, Matu, Mukah.

5 Syawal 1429 pula adalah hari persandingan mereka yang disaksikan oleh ahli keluarga kedua belah mempelai dan juga sahabat handai.

Selama mengenali Izam dan juga isteri tercinta, mereka memang diibarat kan bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan, duduk sama tinggi, berdiri tinggi sedikit ha3..gurau saja.

Harapan saya, jagalah kebahagiaan rumah tangga bersama anak-anak yang bakal dilahirkan. Susah senang hadapi bersama, perbincangan suami isteri hendaklah diamalkan, sentiasa berdoa pada Allah SWT untuk memurahkan rezeki serta memberi perlindungan dari segala kejahatan dan dugaan yang maha hebat sepanjang perjalanan hidup suami isteri. Pesanan ku pada Izam, jangan sia-siakan perjuangan cinta selama 2-3 tahun ini..."kaulah segalanya" hendaklah sampai akhir hayat. Segala pengorbanan jangan disia-siakan, sentiasa ungkapkan kata cinta dan sayang walaupun sudah berderet anak-anak.

Pesanan untuk Lin pula, jagalah 'perut' suami mu. Saya percaya, anda pasti dapat menjaga suami mu sebaik yang mungkin. Sabar menjadi seorang isteri, moga Allah sentiasa memberkati kesabaran mu. Tiada hadiah dari kaca mata kamu berdua, cuma keikhlasan doa selamat sejahtera untuk kamu berdua yang dapat aku dambakan.

Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

Di sini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan.


Niat Datang ke Matu!


Sudah lama durian dicatu,
Barulah kini pokoknya berbuah,
Sudah lama niat ke Matu,
baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Serian singgah ke Sebangkoi,
Singgah berehat mengisi perut,
Dari jauh kami berkonvoi,
kerana jodoh kami dijemput.

Bukan tiket sebarang tiket,
Tiket menjadi suami perawan,
Bukan songket sebarang songket,
Hajat meraikan nikah perkahwinan.

Orang Dalat di tepi sungai,
banyak dapat ikan sebakul
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Majlis Pertunangan serta Pernikahan Izam & Lin

Niat Datang ke Matu


Udah
langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh saya datang,
kerana tuan yang baik hati.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
BUkan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Wednesday, September 10, 2008

Harbour View Buffet Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Mungkin belum terlewat saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dimana semua umat Islam wajib berpuasa kepada rakau taulan dan pembaca-pembaca.

Pada 10 September 2008 (semalam) saya dijemput oleh Mr. Ronald Lim (Sales Executive) dari Hotel Harbour View untuk menikmati juadah berbuka puasa mereka.

Saya tiba dengan dua rakan saya, iaitu Izam dan Amy serta anak saudara saya Faiq sambil disambut oleh Mr Ronald Lim di Coffee House. Lega rasanya bila melihat masih ramai kakitangan lama yang setia berkhidmat di hotel tersebut, seperti penyelia F&B Ms Corina, Nicholas dan beberapa lagi yang saya kurang ingat namanya (maaf), teruskan dengan khidmat ceria anda.

Memang tidak dinafikan dengan harga RM39.00 nett, anda boleh menikmati pelbagai hidangan masakan tempatan. Pada petang tersebut antara lauk pauk yang saya nikmati adalah seperti Ayam masak cili merah, Kambing masak sos tiram (rasa-rasanya lah), Udang masak merah bersama petai (saya alergi udang hu3), Sayur kailan, Ayam panggang madu, mee jawa, manakala pencuci mulut pula, pelbagai perisa aiskrim, lai chi kang serta buah-buahan. Tidak ketinggalan sup kambing dan bubur lambuk disediakan. Memang tak menang tangan dibuatnya...perut apatah lagi.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Hotel Harbour View terutamanya Mr. Ronald Lim, lain kali jemput lagi ha ha ha.

Untuk tempahan boleh hubungi pihak hotel di talian 082-274 666 atau 016-8938865 (Mr Ronald). Cabutan bertuah untuk anda menangi pelbagai hadiah yang menarik menanti anda.


Sekian, terima kasih.

nota: Maaf, saya terlupa ambil gambar disebabkan anak saudara saya kurang sihat dan kelam kabut untuk menghantar dia balik.

Sunday, August 10, 2008

Cuti-Cuti Malaysia!






Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Jumaat 8 Ogos 2008 yang lepas adalah tarikh kemasukan saya bagi menyambung pelajaran peringkat sarjana Hospitaliti di Open University Malaysia (OUM). Peluang ini memang saya nanti-nantikan sejak dari dulu lagi. Perasaan untuk mendapat pengiktirafan dalam dunia akademik sememangnya jangan dilepaskan oleh sesiapa pun jika kita mampu.

Pada hari yang sama saya yang dihantar sahabat saya Izam b. Mahli bergegas ke Kuching International Airport (KIA) untuk check-in penerbangan jam 7.15 malam menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan kos rendah Air Asia Everyone Can Fly!. Tujuan ke sana adalah untuk menemani keluarga abang saya (mereka pergi sehari lebih awal) dan anak-anak kecil berusia dari setahun hingga lapan tahun untuk cuti-cuti Malaysia. Afzan b Nasri (8 tahun), Aiqal b Nasri (5 tahun) dan Aliff Ghazi b Nasri (1 tahun) serta ayah dan ibunya. Walaupun ini bukan kali pertama mereka pergi ke Kuala Lumpur (kecuali Aliff Ghazi), percambahan pesat kota metropolitan ini memang sukar dijangka.

Sampai ke LCCT jam 8.45 malam dan terus mengambil teksi ke Mutiara Damansara (rumah abang di Palm Spring, Damansara) dengan kosnya RM73.00. Sepanjang perjalanan itu, berborak panjang dengan pemandu teksi, Pak Cik Omar dan pelbagai tempat-tempat yang menarik dicadangnya untuk sesi pelancongan saya ini. Bila Pak Cik Omar mencadangkan pergi ke Taman Tema Genting Highlands, saya terus set kan untuk pergi ke situ sebagai destinasi pertama pelancongan saya keesokkannya. Sampai di rumah yang dikelilingi oleh pusat-pusat membeli belah yang popular seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan tidak dilupa lintas hormat di Sri Pentas. Sampai di rumah saya rehat sebentar dan mandi untuk bersedia pergi ke Uptown (tidak sampai 10 minit dari rumah) yang baru dipindahkan 2 tahun lepas (jika tidak silap) untuk membeli dan melihat barang-barang 'bundle' dan 'shop rejected'. Harga berpatutan cuma kena pandai memilih. Barang-barang baru tidak semestinya elok, dan barang-barang lama tidak semestinya buruk, lihat sahaja barangan Nike, trend sekarang lebih suka menggunakan Nike klasik dan anda boleh melihat keaslian jenama ini (sekadar cadangan).

Jam 3.00 pagi tidak terasa dengan kesegaran dan riuh-rendah masyarakat kota seperti baru bangun dari tidur siang hari, disebabkan agak letih terasa mengantuk, saya dan abang terus balik.

Jam 9.00 pagi, kami sudah siap sedia untuk meneruskan destinasi pertama kami, iaitu Genting Highlands dalam 45 minit perjalanan. Dengan kenderaan yang ditinggalkan oleh abang saya (beliau travelling di London pada masa tersebut), kami menaiki Atos terus menuju ke Genting Sempah untuk sarapan pagi. Agak ramai dengan bas-bas pelancong, bas-bas sekolah, dan tidak ketinggalan pengunjung-pengunjung tempatan yang mempunyai agenda tersendiri. Tidak lama kemudian, kami terus menaiki Genting Highlands untuk menuju ke Gohtong Jaya di mana kawasan tersebut adalah Stesyen Kereta Kabel. 8KM sebelum stesyen tersebut, saya berhentikan kereta kerana suhu panas kereta naik hampir ke "H". Ini disebabkan saya menggunakan penghawa dingin, dan kipas kereta ini juga mempunyai masalah air yang tidak berpusing. Anda jangan risau, kawasan ini memang ada mekanik persendirian yang akan membantu. Tidak sampai 1 minit pun seorang pemuda bernama Saiful berhenti membantu sambil bakul motorsikalnya penuh dengan botol-botol air. Disebabkan masalah kereta kami tidak berapa teruk berbanding ada beberapa buah kereta lagi berasap enjinnya, Saiful hanya menasihatkan kami menyejukkan tangki air dan menukarnya dengan air yang baru (saya pun kurang pengetahuan hal-hal tersebut). Dalam 10 minit berhenti dengan suhu cuaca di tempat tersebut dalam 20 darjah celcius kami pun teruskan perjalanan ke Stesyen Kereta Kabel..eh terlupa pulak caj perkhidmatan hanya RM5 sahaja untuk Saiful hi..hi..hi.

Sampai di Stesyen Kereta Kabel, orang ramai sudah berpusu-pusu untuk membeli tiket, pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya dari Arab memang ramai kelihatan. Tiket untuk Dewasa RM16 pergi balik, budak-budak tiada caj tambahan..seronok kan? Dari stesyen tersebut hingga ke Genting Highlands (destinasi tepat ialah Hotel Genting Highlands) mengambil masa dalam 20-25 minit anda akan berasa sungguh genting bila pertama kali naik kereta kabel. Abang saya dah berpeluh-peluh dah sungguhpun jam 11.00 pagi suhunya dalam 18-19 celcius. Cuaca mendung tapi masih ada nampak cahaya matahari mengintai. Sampai sahaja, kalau pertama kali elok anda bertanya dan meminta map Genting Highlands dengan petugas, sebab Hotel Genting Highlands ini luas dan besar dan anda harus mencari jalan keluar hotel tersebut jika tidak anda akan keluar masuk melintasi kasino dan Food & Beverage Outlets yang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Sampai di pintu keluar, kami terus mengambil 'train' dengan caj RM5 untuk dewasa sahaja, kanak-kanak 'percuma' lagi, memang tempat ni kota kanak-kanak kan? Kami menuju ke Taman Tema, dengan kelajuan 'train' 20KM sejam untuk menuju ke sana yang berhampiran dengan First World Resort mengambil masa 15 minit perjalanan yang sejukkkk...17 darjah celcius tu..nasib baik dah siap gunakan baju tebal (pengalaman sewaktu bertugas di Cameron Highlands, Colmar, Janda Baik dan Bukit Fraser banyak membantu).

Di taman tema kena berbaris panjang untuk mendapat tiket masuk, tertera RM27 untuk dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak, tapi itu untuk harga bukan dalam cuti umum, jika tidak anda caj masuk akan naik RM10..kira sendiri ha...tapi cukup berbaloi jika anda 'enjoy yourself' di dalam sana. Setelah makan tenghari di Mary Brown, jam 2.00 petang kami bertolak balik menuju ke Gohtong Jaya dengan menaiki teksi maksudnya tiket yang sudah dibayar untuk balik menaiki kereta kabel hangus sebab ingin nak cepat ke bawah. Cajnya RM40.00..mahal tak?

Sampai di tempat letak kereta kami terus memecut balik (tapi tidak memecut laju, gunakan gear rendah) destinasi berikutnya pusat membeli belah Sogo dan Pertama Kompleks. menghabis masa di situ dalam 3 jam, kami terus ke pusat membeli belah yang baru iaitu Pavillion. Kalau ingin pakaian berjenama luar negara di sinilah tempat paling sesuai. Sungguh indah di dalamnya. Terasa penat sangat dengan keadaan sesak kereta, orang ramai kami terus balik ke Damansara disebabkan anak-anak kecil tidak seperti kita yang dewasa yang boleh tahan sampai pagi esok pun. Sampai di rumah jam 9.00 malam dan terus lelap seketika. Tersedar jam 11.00 malam, apabila kawan telefon mengajak ke pasar terbuka di Danau Kota. Selepas mandi dan solat Isyak terus menuju ke Danau Kota, jalan di waktu malam sungguh tenang. Danau Kota dan Uptown baru tidak jauh bezanya, cuma Danau Kota yang berlokasi di Setapak, Kuala Lumpur ini padat penduduk. Jadi keadaanya sungguh meriah. Barangan agak sama seperti di Uptown. Selepas membeli-belah dan makan malam terus balik ke rumah.

Jam 9.00 pagi abang dan keluarganya sudah siap mandi untuk menuju ke Tesco, saya terasa letih sangat, jadi tak ikut sama, cukuplah sarapan dengan roti Gardenia yang siap dua kotak dibungkus untuk di bawa ke Kuching hi.hi.hi. Tepat pukul 12.00 tengahari, kami menuju ke Mid Valley, keadaan lalu lintas pada masa tersebut (saya menggunakan jalan Kelana Jaya) agak baik jadi hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai. Sampai sahaja ke Mid Valley saya membawa anak-anak saudara saya ke Toys World, tempat anak-anak bermain sambil ibu bapa boleh membeli belah dengan syarat mesti ada penjaga dengan anak-anak kita. Caj seorang kanak-kanak RM23 sahaja dan tambahan untuk seorang dewasa hanya RM3.00 sahaja, yalah tak kan orang dewasa nak lebih-lebih memanjat istana kanak-kanak tersebut walaupun hati memang teringin. Sedar tidak sedar jam menunjukkan pukul 3 petang, ha!!! saya terlambat, sebab penebangan saya pukul 5 tepat petang. Saya tinggalkan kereta dengan abang saya (mereka balik ke Kuching sehari kemudian) dan saya terus mencari teksi..orang ramai berbaris panjang dapatkan teksi. Setengah jam kemudian saya naik teksi dan menyuruh pemandu tersebut bergerak laju..pemandunya bernama Uncle Phang, 53 tahun pemandu sepenuh masa. Caj RM75 termasuk tol. Disebabkan lambat, saya malas hendak tawar menawar walaupun pada asalnya harganya RM80.00. Beliau menggunakan Seremban Highway yang kelajuan ditetapkan 80KM/j...sungguh tertekan..Seremban Highway adalah lebuhraya yang baru dan cantik pemandangannya. Mengikut jalan ke Dengkil dan seterusnya Sejalak Tinggi (tak silap) kita akan terus ke LCCT.

Sampai di LCCT saya terus berlari dan kaunter check in sudah ditutup. Mujur masih ada kakitangan di sana, dan saya merayu untuk masuk dan sekali lagi mujur tiada check-in luggage dan juga tiada waiting list, jika tidak tempat saya sudah diambil memandangkan tempat duduk penuh masa tersebut. Masuk ke 'boarding' dan terus naik pesawat dengan nafas lega dan bersyukur pada Allah S.W.T disebabkan segala-galanya berjalan lancar dan selamat sampai di Kuching, Sarawak.

Dengan tulisan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda jika ingin membuat percutian singkat di Kuala Lumpur. Jika tersalah kata dan tulisan saya memohon maaf, tulisan ini sekadar diari pengembaraan saya. Tidak lupa terima kasih kepada Cabin Crew Air Asia, yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Tidak lupa juga sahabat saya Asraff Abdullah, Khafiz Othman dan Rafel Hafiz yang banyak membantu mengingatkan saya kembali jalan-jalan yang harus saya gunakan sepanjang berada di Kuala Lumpur (maaf kerana kerap menelefon untuk memastikan tempat yang hendak dituju), Pak Cik Omar (017-7689773) dan Uncle Phang pemandu teksi yang berhemah, Saiful yang membantu di Genting Highlands dan semua yang terlibat..termasuk sahabat saya Izam a.k.a O'shea yang sudi menghantar ke lapangan terbang..Terima kasih!

Akhir kata, jika anda mempunyai keinginan hendak melancong, rancang perjalanan dengan cermat dan bijak. Jangan dikejar banyak tempat, tetapi pergilah ke tempat yang mudah anda pergi tetapi berbaloi.

p/s 1: Saya akan postkan gambar-gambar lain kemudian, disebabkan pada masa saya menulis ini, kamera masih di tangan abang saya, gambar yang ada adalah melalui kamera telefon bimbit..harap maaf.

p/s 2: Maklumat serta harga tempat-tempat tersebut dinyatakan pada waktu saya semasa, jika ada perubahan masa lain adalah di luar jangkaan saya..harap maklum.

Thursday, July 17, 2008

Peluang Maju Diri

Salam sejahtera!

"Terasa sudah lama tidak menulis di blog ini. Dengan masa yang cepat berlalu, memerlukan kekuatan mental untuk menulis. Sewaktu dalam perjalanan teringat ketika usia 19 tahun dan meningkat dari tahun ke tahun. Di era persekolahan rendah dan menengah, saya memang dikategorikan dalam pelajar yang kuat bermain. Minat bermain dan menyakat rakan-rakan, mereka cerita adalah hobi saya ketika itu. Tapi ia tidak sampai menganggu kelas berlansung, sebab saya akan cuba senyap seperti diarahkan sambil bermenung panjang (he3)."

Selepas tamat pengajian dalam perhotelan dan praktikal di hotel-hotel bertaraf bintang di situlah minda saya berkembang. Walaupun ketika itu belum lagi sedar apa yang akan berlaku di masa depan, saya redah saja. Pengalaman pahit dan manis memang seimbang akan tetapi saya lebih suka mengenang kembali kisah pahit. Sebab situasi inilah yang mematangkan diri saya dan banyak mengajar selok belok alam pekerjaan yang sebenar.

Apa yang saya dapat;

1. Berdikari
2. Berkemahiran
3. Berkomunikasi
4. Bertindak (refleksi)
5. Berkumpulan dan
+6. Keselamatan

Di atas adalah perkara-perkara yang saya dapati selepas tahun pertama bekerja dengan gaji pokok RM276.00++. Mesti anda hairan kenapa ada perkara '+6'. Ini kerana perkara ke-6 adalah bonus dalam kerjaya yang saya minati ini.

1. Keselamatan ketika bekerja pernah saya sentuh pada artikel yang lepas. Ia bukan sahaja mengenai keselamatan diri dari segi fizikal malah keselamatan dari kena tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan malah ada yang lebih teruk lagi dikenakan tindakan undang-undang.
'Advance Deposit' atau deposit pendahuluan adalah contoh keselamatan yang paling mudah saya ingin perjelaskan. Advance Deposit ini boleh dilakukan untuk 'Guaranteed Booking" semasa tempahan di talian mahupun ketika mendaftar masuk. Akan tetapi mesti diperjelaskan kepada tetamu dengan bahasa yang mudah dan masuk akal. Contohnya, Advance Deposit memudahkan tetamu tersebut untuk menggunakan kemudahan-kemudahan (facilities) yang terdapat di dalam perkhidmatan hotel tanpa sekatan seperti, panggilan IDD, panggilan tempatan, perkhidmatan servis bilik untuk penghantarn makanan dan sebagainya. Dan diperjelaskan lagi supaya resit yang diberi disimpan untuk ditunjukkan semasa pendaftaran keluar. Dan semestinya wang yang tidak diguna akan dikembalikan.

Memang nampak mudah dan membosankan, tapi jika kita praktis dengan betul dan mempelbagaikan penyampaian kita dari masa ke semasa mudah meningkatkan kemahiran komunikasi kita dengan cara yang mesra dan berkesan selain dapat menyelamatkan kita dari keadaan yang tidak diingini.

Bagaimana dengan 5B di atas? Pasti anda dapat mengaitkan dengan +6 = (hasilnya) anda akan terus maju walaupun dicampak (agak kasar bunyinya) mana-mana kerja yang anda ceburi selepas itu. Ingat! Jika anda berjaya mendapat pekerjaan lain, terapkan nilai hospitaliti dalam diri dan kerja anda seterusnya.

Semoga berjumpa lagi!

Thursday, July 10, 2008

Peluang Pekerjaan & Pendapatan


Rebut peluang pekerjaan Restaurant & Bar bertempat di Petaling Jaya, Selangor dengan gaji RM800.00 ++ Pekerja lelaki dan perempuan diperlukan SEGERA!! Tempat amat TERHAD.

*********************************************************************************************

Peluang siswa-siswi menambah pendapatan sambil belajar tanpa menganggu pelajaran anda.

Caranya mudah, kami akan melantik anda menjadi Reseacrh Assistant (RA), untuk membantu pihak kami membuat survei.

Anda boleh mendapat permulaan bayaran RM100.00 selepas mendaftar.


boleh hubungi saya di talian 013-3771440
atau emel maklumat anda ke putra_wawasan@yahoo.com

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.